Mengapa Setiap Ibu BapaMESTI Memiliki Buku Cepat Baca
1. Anak anda akan lebih mudah belajar membaca kerana buku Cepat Baca telah disusun rapi dengan mengambil kira tahap perkembangan psikologi anak-anak.
2. Anda mudah mengajar anak anda membaca dengan buku ‘Cepat Baca’ kerana panduan ringkas diberikan pada setiap muka surat.
3. Anda tidak perlu lagi mencari buku-buku untuk anak anda cepat membaca kerana pakej ‘Cepat Baca’ lengkap.
4. Anak yang lebih awal membaca akan sentiasa terkehadapan daripada kawan-kawannya.
“One who starts early will always stay ahead!” kata pujangga.
5. Dengan buku ‘Cepat Baca’, anak anda bukan sahaja boleh cepat membaca tetapi lancar membaca pada usia yang lebih awal.
6. Anak anda akan mudah menerima pelajaran kerana penguasaan kemahiran membaca adalah nadi kepada pembelajarannya.
7. Anak anda akan minat membaca dan gembira mempelajari perkara baru setiap hari bukan sahaja di sekolah malahan juga di rumah.
Anda tentunya berasa gembira apabila melihat anak anda berjaya dalam pelajarannya.
Anak berilmu keluarga beruntung
“Pakej Cepat Membaca Ameen memang hebat dan user-friendly. Panduannya mudah difahami dan lebih penting saya percaya dan yakin ia boleh membantu ibu bapa mengajar anak-anaknya sendiri membaca di rumah.”
Dr Syukri AbdullahPakar Motivasi Keibubapaan & Strategi Belajar.Juga Penulis Buku Popular "Anakku Bijak Belajar - Sentuhan Ibu Bapa"Selalu muncul di RTM dan TV3
Kemahiran membaca itu bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Anak-anak secara semulajadi boleh berjalan dan berlari. Sebaliknya, anak – anak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan.Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai anak-anak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang tidak boleh membaca dan menulis dengan lancar. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu statistik mengenai kebolehupayaan membaca di kalangan pelajar sekolah rendah
“Lebih 100,000 pelajar tahun 2 hingga tahun 6 tidak boleh/lancar membaca.”Tajuk Akhbar Berita Harian
Ramai anak yang memasuki darjah 1 dalam keadaan tidak boleh membaca Bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Inggeris, Jawi mahupun Quran. Anda tentu risau dan takut apabila anak anda sendiri masih tidak boleh/lancar membaca walaupun telah memasuki darjah 2 dan seterusnya. Tetapi percayalah, anak anda sebenarnya boleh membaca sebelum bersekolah lagi.
Hakikatnya, anak, anda mahu, mampu dan sepatutnya membaca dari usia yang awal lagi!
"Farzana Syasya mula membaca Bahasa Melayu semasa usianya 3 tahun lagi."
"Hazeem sudah mula mengenal bunyi-bunyi asas Bahasa Melayu walaupun usianya baru 2 tahun setengah."
Apa itu membaca?Membaca merupakan proses mentafsir bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf yang bergabung dalam sesuatu perkataan. Kajian-kajian yang terkini menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk boleh membaca. Apa itu kesedaran fonemik?Kesedaran fonemik ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabungkan dan juga dipisahkan. Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai fonem iaitu satuan bunyi terkecil yang mampu menunjukkan kontras makna. Dalam bahasa Melayu terdapat 6 bunyi vokal, 27 bunyi konsonan dam 3 bunyi diftong.Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa juga bahasa. Kemahiran ini perlu dipupuk dan dididik agar anak itu mahir membaca.
Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas(fonem) yang ada dalam sesuatu bahasa.
Kemahiran mengecam bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut.
Kemahiran memadukan bunyi. Ini ialah keupayaan anak untuk memadukan bunyi-bunyi asas dalam sesuatu bahasa itu untuk membentuk perkataan.
Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi. Membaca itu sebenarnya ialah keupayaan anak untuk memilih dan memisahkan buyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan.
Ini memerlukan keupayaan anak untuk memenggalkan suku-suku kata yang ada di dalam sesuatu perkataan. Keupayaan ini pula amat bergantung kepada kemahiran mengecam dan menggabung bunyi.Keempat-empat kemahiran ini disusun dalam buku ‘Cepat Baca’ dan ‘I Can Read’ agar mudah diajar oleh ibu bapa dan guru dan mudah dipelajari oleh anak-anak. Pendekatan kata-kata kunci digunakan untuk merangsang daya ingatan anak.Bagaimana dengan tahap pengajarannya?Kemahiran-kemahiran asas membaca ini dibahagikan kepada beberapa kelompok pelajaran. Setiap kelompok pelajaran mempunyai aktiviti pelajaran. Setiap kelompok pelajaran mempunyai aktiviti pelajaran, aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan. Kelompok pelajaran yang awal menyediakan anak untuk mampu mengikuti kelompok pelajaran yang seterusnya.Aktiviti pelajaran bermula dengan satu perkataan atau frasa yang mudah disebut dan dihafal oleh anak. Kemahiran memilih dan memisah bunyi asas(fonem) yang merupakan inti pelajaran disepadukan dengan kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi tersebut. Aktiviti pengukuhan menyusuli kemudiannya dengan kata-kata dasar yang mengandungi bunyi-bunyi yang dipelajari. Pantun dijadikan bahan asas untuk memantapkan kefahaman anak berkenaan sesuatu bunyi itu.Kemahiran membaca dipupuk melalui pembacaan cerita dalam aktiviti pengayaan. Cerita-cerita ini menarik dan mudah difahami oleh anak.Perkembangan kemahiran membaca dalam buku ‘Cepat Baca’ ini disokong oleh ilustrasi, pantun dan cerita yang menarik. Ini bertujuan utnuk menarik minat anak dalam memastikan kesinambungan pelajaran-pelajaran yang ada.
“Pengarang berjaya menggabungkan di antara tahap psikologi kanak-kanak dengan kandungan, cara persembahan, ilustrasi yang menarik dan rupa bentuk buku yang tersendiri.” Prof. Dr. Mohd Hamim Rajikin.
Untuk keterangan bagaimana untuk mendapatkan Buku Cepat Baca, email nama, alamat, no. kontek kepada sumberedar@gmail.com . Terima kasih
Sunday, August 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment